DIRIKU HAMBA YANG LEMAH

Sabtu, 22 September 2012

SAJAK:- SAHABAT (CIPTAAN FADHILAH SAEI)


Sahabat…
Di kala aku kesunyian,
Kau menjadi temanku,
Aku amat menghargai kehadiranmu,
Kehadiranmu mencipta kerianganku.

Sahabat…
Kehadiranmu memberi semangat kepadaku,
Di saat aku di perantauan ini,
Aku amat memerlukan seorang insan sepertimu,
Tanpamu,
Mungkin saat aku kesusahan aku sendirian,
Bantuanmu amat aku hargai.

Sahabat…
Semoga ikatan ukhwah ini terbina untuk selamanya.

Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat,
Maafkanlah bila terluka,
Fahamilah bila keliru,
Nasihatilah bila terleka,
Tegurlah bila tersilap,
Ingatilah bila kesunyian,
Itulah kehebatan ukhwaffillah,
Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya.

Sahabat,
kaulah teman sejatiku,
akanku kenang selamanya.


Atas Jejatas

Latihan Drama di B.E

Dalam KTM ke KL


Tiada ulasan:

Catat Ulasan