DIRIKU HAMBA YANG LEMAH

Jumaat, 30 Mac 2012

Peristiwaku pada 30 march 2012

Pada hari jumaat yang penuh berkat dan ceria ini. Dengan semangatnya kami bersiap-siap untuk ke Melaka untuk mengikuti rombongan kelas Keterampilan Penulis iaitu subjek minor sastera kami. Tetapi kami hanya peserta tambahan dan dijemput dan diajak mengikuti rombongan ini ke Melaka selama 3 hari 2 malam. Kami telah banyar dan nama kami dalam senarai pun sudah ada. Aku merupakan antara 15 orang peserta undangan bagi memenuhi ruang yang kosong untuk mengikuti rombongan ini. Pada mulanya memang aku tidak percaya bahawa kami mahu ke Melaka pada hari ini. Dengan malas dan penatnya aku gagahi juga. Kepada ibuku juga tidak diberitahu lagi.
Pada malam sebelum kejadian, aku dan kawan serumahku bersemangat menyimpan pakaian dan menggosok baju untuk dipakai dan dibawa ke sana. Pada hari kejadian, kami dikehedaki berkumpul di Bitarasiswa(UPSI). Dengan cerianya aku dan 5 lagi kawanku berkumpul denga membawa bersama beg-beg pakaian yang sederhana besar untuk bertolak ke Melaka. Selepas membayar bayaran. Kami berkumpul dan wakil pengurusan pengangkutan memanggil seorang demi seorang nama peserta. Kami adalah senarai yang terakhir..namun, kejadian/peristiwa and so on yang paling pelik, aneh and so on haha.. juga telah berlaku pada aku dan 5 orang kawanku juga.. kami ketiadaan sit kosong untuk duduk di dalam bas…dalam hati aku..ALAMAK!!!! JANGAAAANN KAMI DITINGGALKAN…

Namun, apakan daya..sudah tertulis pada hari ini kami tidak dapat pergi ke Melaka.. APAKAH PERASAAN ANDA SEKIRANYA BERADA DI TEMPAT KAMI?? APAKAH REAKSI ANDA SEKIRANYA DIMINTA TIDAK MENYERTAI ROMBONGAN INI?? Padahal kami dialu-alukan memenuhi ruang kosong dalam rombongan ini, tetapi kami dilayan begini pula.. salah siapakah?? Aku sendiri?? Seharusnya benda-benda begini tidak sepatutnya berlaku.. Perasaan aku pada masa itu tidak dapat digambarkan dengar kata-kata..sedih..malu..sakit hati..diperbodohkan dan sebagainya… Nasiblah aku bersama-sama temanku dihiburkan beberapa pakcik or abang driver yang lebih memahami kami berbanding urusetia yang tidak setia itu haha..:-D..
Hari yang ceria tiba-tiba menjadi hari yang paling malang dalam hidupku sebagai mahasiswa. Kami masing-masing memujuk hati masing-masing dengan gelak ketawa. Namun, perasaan dan peristiwa hari ini tidak akan aku lupakan dengan senang begitu sahaja. Kejadian ini membuat aku takut or seraam (haha xder laa sampai seram) untuk menumpang lagi mana-mana program yang bukan anjuran kelas aku sendiri. Salah siapakah ini?? Kami hanya menjadi mangsa kejadian (haha macam kes pembunuhan la pulak).. sesiapa yang menjadi pengurus atau ajk pengakutan dan senarai peserta perlu peka dengan permasalahan ini agar tidak lagi berlaku . InsyaAllah suatu hari nanti kita akan menjadi pendidik..jika perkara ini berlaku di sekolah.. apakah perspektif masyarakat terutamanya ibu bapa terhadap pengurusan sekolah yang kurang baik ini.. berusahalah memajukan diri sendiri (pesanan kepada rakan-rakan dan juga diri sendiri huhu)
..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA…

Rabu, 28 Mac 2012

Nikah Khitbah (nikah gantung)


Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
  1. Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  2. Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  3. Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  4. Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  5. Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  6. Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  7. Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukun.

Rukun Nikah

1.Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh,
berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah,
tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang,
lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya
itu bukanlah mahramnya.

2.Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak
berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada
 seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3.Akad (Ijab & Qabul)

Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5.Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Apa itu nikah khitbah (nikah gantung)
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Perbezaan Nikah Khitbah
Nikah khitbah sama dengan nikah biasa, cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Selasa, 27 Mac 2012

Musim-musim Yang Selalu Dalam Ingatanku..

Musim banjir zaman kanak-kanakku dahulu
Musim inilah yang paling ditunggu-tunggukan. Aku dan teman-temanku suka bermain air. Rumahku di kelilingi bendang atau dipanggil “gelung” kami di Kelantan. Aku sering mengikuti abang-abangku bermain air dalam “gelung” atau di tali air “batah”. Aku juga masih ingat kenangan-kenangan itu.. Aku pernah tertelan air semasa bermain renang-renang. Aku tidak pandai berenang.. balik ke rumah aku dimarahi ibuku “Mek”.
Kawasan rumahku agak rendah, jadi air mudah bertakung “air naek”. Musim “boh” memberi peluang kepada orang kampung memasang pukat ikan “tehe pukat” di “gelung” atau di sungai. Termasuklah abah dan abang-abang aku. Hari-hari makan ikan air tawar “ike darak” seperti ikan haruan, keli, puyu dan lain2.. kadang dah naik jemuh aku pandang “ike darak”.. Tapi kalau lama-lama xmakan..terpinginlah pulak..uummm bestnyo ikan haruan gulai kuning Mek aku…yammiiee..huhu
terliur erh..!!
 
Kecik2 dulu lau musim banjir mesti nyanyi lagu ini..jom sama2 kita dengar..:-)

 
Musim menanam dan menuai padi
Aku sudah biasa melalui musim ini semasa kecil-kecil dahulu..rasa “kangen” pula saat itu..kini semua menjadi kenangan dan pengalaman terindah dalam hidupku. Dulu, kedua-dua ibu bapaku merupakan petani. Kami adik-beradik semua pernah masuk “gelung” termasuklah aku. Aku masih ingat kenangan kami menolong Mek dan Abah tanam padi, membanting padi ”munko padi ” dan bermain-main dalam sawah. “Selut” adalah mainan bagiku sekeluarga. Pernah satu ketika, abangku terkerap jari semasa membantu Mek dan Abah memotong pokok padi. Saat itu, Mek aku kurang menggalakkan kami membantu mereka dan menganggap kami tidak patut diajar bertani tetapi harus membaca buku di rumah. Aku faham perasaan seorang ibu..  Keluargaku bukanlah orang senang tetapi kami bersyukur apa yang ada serta kami tidak pernah berasa kekurangan. Akhirnya hidup kami sekeluarga agak selesa sekarang walaupun tidak mewah tetapi amat-amat selesa. Alhamdulillah..
Masih segar dalam fikiranku, dalam cuaca yang panas melihat Mek dan Abah aku bersungguh-sungguh berusaha menanam padi untuk mendapatkan rezeki membesarkan kami seramai tujuh orang. Dengan hanya sebagai petani kecil-kecilan, bukanlah senang untuk membesarkan kami..aku mengerti itu… Aku selalu teringat kata-kata Abah aku “belajarlah sunggoh2,jange jadi supo Mek nge Abah” kata-kata itulah yang selalu dipesan kepada kami adik-beradik. Dan kata-kata itu jualah memberi aku semangat untuk belajar sehingga aku berjaya berada di menara gading. Terima kasih Abah..kerana kata-kata azimat itu dan akan aku ingat selama-lamanya.. (sedih laa pula huhu..)


Musim Wau
Musim ini biasanya terjadi semasa musin berangin. Hanya sedikit sahaja aku ingat kenangan ini kerana aku tidak pernah memiliki wau. Hanya tumpang yang teman-teman dan abang-abang sahaja huhu.. kami biasanya bermain wau dipadang dan “batah tali air”. Bermacam-macam jenis wau seperti wau bulan, wau ular, wau laye dan banyak lagi (aku pon dah lupa huhu).  Keseronokan  bermain wau dapat dirasa apabila dapat menaikkan wau setinggi-tinggi yang boleh..
Kami akan berkumpul ramai-ramai dan berlumba-lumba menaikkan wau masing-masing. Biasanya kami bermain wau pada waktu petang..waktu hampir senja barulah kami semua balik ke rumah masing-masing dan akan sambung bermain keesokkan pula..sehinggalah musim berangin habis,maka musim wau juga akan tamat.. musim wau akan muncul lagi pada musim berangin akan datang..begitulah seterusnya..huhu
contoh wau bulan:-
 

Rabu, 14 Mac 2012

Kesalahan Peribahasa


Selama ini kita tersilap dan tersalah dalam menggunakan pepatah melayu ini. Yang sering diguna pakai, baik dalam ucapan mahupun tulisan ialah Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’. Kesilapan yang berlaku disebabkan terjemahan dari tulisan jawi (bahasa melayu yang dahulu) ke tulisan rumi.

Namun, jika difikir secara mendalam, perkataan itu (pagar) amat tidak logik:

Pertama: kerana pagar bukannya benda hidup, jadi macam mana ia boleh makan.
Kedua pula: mana ada sawah padi yang berpagar.


Pepatah yang tepat dan bertepatan dengan maksudnya yang disebenar ialah Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi.


Apa itu Pegar?

Pegar ialah sejenis burung digunakan untuk menghalau binatang perosak di sawah padi tetapi pegar pulak yang makan padi tuannya. Pegar juga dpanggil sebagai ayam pegar. Saiznya sebesar ayam dan melata seperti ayam dan ia boleh terbang seperti burung. Pegar kini agak susah untuk diketemui dan ia diancam kepupusan.


Kenapa Pegar dikatakan boleh menjaga padi?
Ini memandangkan pegar banyak terdapat di pinggir hutan berhampiran sawah. Jadi, ia memakan serangga perosak padi seperti siput gondang, belalang dan juga ketam. Di samping itu, ayam pegar juga turut memakan padi.

Jadi, pegar memakan musuh padi dan dalam masa ia juga turut memakan padi. Dari sinilah timbulnya pepatah ‘Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi’.

Makumat lanjut sila rujuk Berita Harian, Rabu, 11 Januari 2012, M/S : N10. Ruangan Mewah Bahasa Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman(Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu(APM), Universiti Malaya)







Melepaskan batuk ditangga
 Peribahasa yang sebenar adalah melepaskan batok ditangga. Kesilapan berlaku juga disebabkan penterjemahan dari ejaan jawi ke rumi.

Apa itu batok?
 Batok adalah alat yang digunakan untuk mencebok air ditepi tangga. Menurut komen di artikel tersebut, batok adalah bahasa jawa yang bermaksud tempurung. Memang batok ini diperbuat dari tempurung kelapa. Rumah kampung dulu-dulu biasa ada guri berisi air di sebelah tangga kerana mereka biasa tidak pakai kasut/selipar. Jadi nak naik rumah kena basuh kaki. Jadi peribahasa Melepaskan batok ditangga bertepatan dengan kerja yang sambil lewa dan kerja hanya separuh jalan.

Golongan Mendapat Doa Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

BY : Islam Iman Ihsan

Selasa, 13 Mac 2012

Ciri-ciri Orang Munafik 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
 Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Huraian:-
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

KisahTauladan Seorang Muallaf

  Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.


Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.


Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.


Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.


Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.


Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.


Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.


Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.


Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!


Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.


Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.