DIRIKU HAMBA YANG LEMAH

Selasa, 27 Mac 2012

Musim-musim Yang Selalu Dalam Ingatanku..

Musim banjir zaman kanak-kanakku dahulu
Musim inilah yang paling ditunggu-tunggukan. Aku dan teman-temanku suka bermain air. Rumahku di kelilingi bendang atau dipanggil “gelung” kami di Kelantan. Aku sering mengikuti abang-abangku bermain air dalam “gelung” atau di tali air “batah”. Aku juga masih ingat kenangan-kenangan itu.. Aku pernah tertelan air semasa bermain renang-renang. Aku tidak pandai berenang.. balik ke rumah aku dimarahi ibuku “Mek”.
Kawasan rumahku agak rendah, jadi air mudah bertakung “air naek”. Musim “boh” memberi peluang kepada orang kampung memasang pukat ikan “tehe pukat” di “gelung” atau di sungai. Termasuklah abah dan abang-abang aku. Hari-hari makan ikan air tawar “ike darak” seperti ikan haruan, keli, puyu dan lain2.. kadang dah naik jemuh aku pandang “ike darak”.. Tapi kalau lama-lama xmakan..terpinginlah pulak..uummm bestnyo ikan haruan gulai kuning Mek aku…yammiiee..huhu
terliur erh..!!
 
Kecik2 dulu lau musim banjir mesti nyanyi lagu ini..jom sama2 kita dengar..:-)

 
Musim menanam dan menuai padi
Aku sudah biasa melalui musim ini semasa kecil-kecil dahulu..rasa “kangen” pula saat itu..kini semua menjadi kenangan dan pengalaman terindah dalam hidupku. Dulu, kedua-dua ibu bapaku merupakan petani. Kami adik-beradik semua pernah masuk “gelung” termasuklah aku. Aku masih ingat kenangan kami menolong Mek dan Abah tanam padi, membanting padi ”munko padi ” dan bermain-main dalam sawah. “Selut” adalah mainan bagiku sekeluarga. Pernah satu ketika, abangku terkerap jari semasa membantu Mek dan Abah memotong pokok padi. Saat itu, Mek aku kurang menggalakkan kami membantu mereka dan menganggap kami tidak patut diajar bertani tetapi harus membaca buku di rumah. Aku faham perasaan seorang ibu..  Keluargaku bukanlah orang senang tetapi kami bersyukur apa yang ada serta kami tidak pernah berasa kekurangan. Akhirnya hidup kami sekeluarga agak selesa sekarang walaupun tidak mewah tetapi amat-amat selesa. Alhamdulillah..
Masih segar dalam fikiranku, dalam cuaca yang panas melihat Mek dan Abah aku bersungguh-sungguh berusaha menanam padi untuk mendapatkan rezeki membesarkan kami seramai tujuh orang. Dengan hanya sebagai petani kecil-kecilan, bukanlah senang untuk membesarkan kami..aku mengerti itu… Aku selalu teringat kata-kata Abah aku “belajarlah sunggoh2,jange jadi supo Mek nge Abah” kata-kata itulah yang selalu dipesan kepada kami adik-beradik. Dan kata-kata itu jualah memberi aku semangat untuk belajar sehingga aku berjaya berada di menara gading. Terima kasih Abah..kerana kata-kata azimat itu dan akan aku ingat selama-lamanya.. (sedih laa pula huhu..)


Musim Wau
Musim ini biasanya terjadi semasa musin berangin. Hanya sedikit sahaja aku ingat kenangan ini kerana aku tidak pernah memiliki wau. Hanya tumpang yang teman-teman dan abang-abang sahaja huhu.. kami biasanya bermain wau dipadang dan “batah tali air”. Bermacam-macam jenis wau seperti wau bulan, wau ular, wau laye dan banyak lagi (aku pon dah lupa huhu).  Keseronokan  bermain wau dapat dirasa apabila dapat menaikkan wau setinggi-tinggi yang boleh..
Kami akan berkumpul ramai-ramai dan berlumba-lumba menaikkan wau masing-masing. Biasanya kami bermain wau pada waktu petang..waktu hampir senja barulah kami semua balik ke rumah masing-masing dan akan sambung bermain keesokkan pula..sehinggalah musim berangin habis,maka musim wau juga akan tamat.. musim wau akan muncul lagi pada musim berangin akan datang..begitulah seterusnya..huhu
contoh wau bulan:-
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan