DIRIKU HAMBA YANG LEMAH

Isnin, 1 Oktober 2012

Rezeki Hari ini

Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.

Buatan Mira n d gengs-kek coklat forest
Nasi goreng-aku yang goreng huhu

Selepas Makan

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…”(Al-A’raf: 96)
Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)
Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
SENYUM ITU SEDEKAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan